ASSALAMUALAIKUM, Lama tidak mencoret di ruang maya ini. Kali terakhir pada tahun 2012, ketika selesai pengajiaan di peringkat Ijazah Sarjana Muda Di Riau, Indonesia. Selepas fasa pengajian, maka bermula la kehidupan sebagai seorang suami, ayah kepada anak anak dan memulai alam pekerjaan. Sedikit perkongsian ini muga dapat memberi sedikit motivasi pada pencari kerja, dan mereka yang baru selesai pengajian. Selepas selesai pengjian di Indonesia. Hanya selang beberapa hari, saya di tawarkan kerja sebagai guru tasmi' di Maahad Tahfiz Swasta. Paling seronok, tempat kerja hanya 2 minit dati rumah ibu dan ayah saya di Meru. Ketika ini, saya bersama isteri tersayang tinggal sementara di rumah kedua orang tua saya di Meru, Klang. Saya bekerja seperti biasa masuk jam 9.00 pagi, rehat jam 12.00 Tengah hari dan masuk semula kerja jam 2.30 ptg sehingga waktu asar dan pulang kerumah. Begitulah rutin harian saya seharian. Hampir 3 bulan berkhidmat di Maahad Tahfiz Tersebut, saya mendapat panggilan dari pada Sahabat sepengajian di Darul Quran, Jakim, Saudara Ustaz Amir Rahmat yang mendapat tawaran menyambung pengajian di Ummul Qura, Makkah. Beliau mencari pengganti untuk guru dan warden asrama Di Maahad Tahfiz Al Islah, Shah Alam. Terletak di komuniti Elit. Di sini, saya dan isteri disediakan tempat tinggal, makan minum percuma, bil api air percuma, rawatan klinik Panel. Alhamdulillah...ditakdirkan Allah jodoh bersama MTQI hanya tidak setahun pun. Pada 14. 11. 2013, saya mendapat tawaran ke lantikan Pembantu Hal Ehwal Islam S17. Saya akan kongsikan pengalaman dari mula bekerja, seperti proses temuduga, PAC, penempatan kerja, pengalaman ketika kerja dan sebaganya di entri yang akan datang, nantikan!!!!' Terima Kasih.
FASA 1 : PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM S17 (SEKARANG S 17)
FASA 2 : PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM S 27 (SEKARANG S 29)
FASA 3 : PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM S 41
http://gondoriah.blogspot.com/?m= (Pautan Blog Asal)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan