Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 21 Julai 2024

APC JAKIM (2020) DAN JAWI (2023)




 Alhamdulillah...berbaki Hampir 4 bulan lebih lagi akan menjengah ke angka 14 November 2024. Ini bermakna , tempoh perkhidmatan dalam sektor awam memasuki angka 11 Tahun. Syukur Ya Allah...🤲🤲🤲

Pada entri kali ini saya ingin berkongsi mengenai satu perkara yang menjadi impian setiap penjawat awam iaitu Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC). 

Alhamdulillah.. baru-baru ini saya direzkikan oleh Allah untuk menerima Anugerah ini. Kali terakhir pada tahun 2020 ketika bertugas di Institut Pengajian Islam Dan Dalwah Sabah (IPDAS). Moga APC yang diterima ini menambah semangat serta momentum motivasi setiap kerja buat kita. 

Apa yang saya ingin kongsikan disini adalah, sebagai penjawat awam setiap dari kita diberikan akses untuk menjana HRMIS. Mohon setiap kita untuk sentiasa kemaskini berkaitan "Sumbangan Luar" atau sumbangan kepada Jabatan. Selain cadangan dari pihak ketua Jabatan , pihak bahagian sumber sebahagian jabatan akan menilai juga apa yang kita telah berikan kepada jabatan dari sumbangan, inovasi dan sebagai nya. 

Alhamdulillah..Tahun 2023, direzkikan Allah untuk terima APC bagi kali ke 2 sepanjang 10 Tahun perkhidmatan dan lebih manis Anugerah ini diterima ketika berkhidmat di Jabatan baharu iaitu Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) (1 tahun 6 bulan )

Saya juga berdoa agar kita semua yang direzkikan kerja di sektor awam agar terus memberikan yang terbaik, bekerja dengan penuh tekun dan beraungguh-sungguh. 

Kita jadikan kerja kita sebagai IBADAH kepada Allah. Yakin Lah, Allah akan bantu kita, pimpin kita walaupun sesulit mana keadaan yang kita hadapi...Insyallah , kita akan tenang meghadapinya...

p/s : saya juga di maklumkan bahawa tahun ini akan ada pengambilan pegawai baharu Skim Perkhidmatan Hal Ehwal Islam dari gred S19, S29 dan S41bermula Oktober 2024. Sapa yang berhajat bolehlah mengemaskini maklumat2 yang perlu Website SPA9. Semoga ada rezeki untuk kita semua. Aminn..🤝🤲🤲🤲






Tiada ulasan:

APC JAKIM (2020) DAN JAWI (2023)

 Alhamdulillah...berbaki Hampir 4 bulan lebih lagi akan menjengah ke angka 14 November 2024. Ini bermakna , tempoh perkhidmatan dalam sektor...