Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 21 Julai 2024

APC JAKIM (2020) DAN JAWI (2023)




 Alhamdulillah...berbaki Hampir 4 bulan lebih lagi akan menjengah ke angka 14 November 2024. Ini bermakna , tempoh perkhidmatan dalam sektor awam memasuki angka 11 Tahun. Syukur Ya Allah...🤲🤲🤲

Pada entri kali ini saya ingin berkongsi mengenai satu perkara yang menjadi impian setiap penjawat awam iaitu Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC). 

Alhamdulillah.. baru-baru ini saya direzkikan oleh Allah untuk menerima Anugerah ini. Kali terakhir pada tahun 2020 ketika bertugas di Institut Pengajian Islam Dan Dalwah Sabah (IPDAS). Moga APC yang diterima ini menambah semangat serta momentum motivasi setiap kerja buat kita. 

Apa yang saya ingin kongsikan disini adalah, sebagai penjawat awam setiap dari kita diberikan akses untuk menjana HRMIS. Mohon setiap kita untuk sentiasa kemaskini berkaitan "Sumbangan Luar" atau sumbangan kepada Jabatan. Selain cadangan dari pihak ketua Jabatan , pihak bahagian sumber sebahagian jabatan akan menilai juga apa yang kita telah berikan kepada jabatan dari sumbangan, inovasi dan sebagai nya. 

Alhamdulillah..Tahun 2023, direzkikan Allah untuk terima APC bagi kali ke 2 sepanjang 10 Tahun perkhidmatan dan lebih manis Anugerah ini diterima ketika berkhidmat di Jabatan baharu iaitu Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) (1 tahun 6 bulan )

Saya juga berdoa agar kita semua yang direzkikan kerja di sektor awam agar terus memberikan yang terbaik, bekerja dengan penuh tekun dan beraungguh-sungguh. 

Kita jadikan kerja kita sebagai IBADAH kepada Allah. Yakin Lah, Allah akan bantu kita, pimpin kita walaupun sesulit mana keadaan yang kita hadapi...Insyallah , kita akan tenang meghadapinya...

p/s : saya juga di maklumkan bahawa tahun ini akan ada pengambilan pegawai baharu Skim Perkhidmatan Hal Ehwal Islam dari gred S19, S29 dan S41bermula Oktober 2024. Sapa yang berhajat bolehlah mengemaskini maklumat2 yang perlu Website SPA9. Semoga ada rezeki untuk kita semua. Aminn..🤝🤲🤲🤲






Jumaat, 11 Februari 2022

(Pengalaman) Peperiksaan Online, PAC dan Temuduga Pegawai Hal Ehwal Islam S41

 Assalamualaikum, 

Kali ini saya ingin berkongsi berkaitan pengalaman yang dilalui oleh saya sendiri berkaitan permohonan jawatan PHEI S41 (pengalaman pribadi ).

1 - Peperiksaan Online -

Saya melaksanakan peperiksaan Online ketika dalam perkhidmatan, sekitar jam 9.00 pagi lebih kurang. Walaupun kita dalam waktu bekerja, sebagai penjawat awam kita hendaklah memohon permohonan kepada ketua Jabatan untuk menjawab peperiksaan sebagai makluman dan rekod dalam BRP dan fail peribadi  kita.


2- PAC/ PPJ  (2017)

ketika ini berlagsung selama 2 hari di Ilim Bangi

Ujian yang di laksanakan lebih kurang sama seperti PPHEI S29, Cuma untuk S41 ni ada beberapa tambahan aktiviti, penulisan dan dilaksanakan selama 2 hari. Calon ketika ini bermalam di ILIM Bangi.

Beza PAC S41 ini ada aktiviti diskusi berkumpulan, Fasi akan beri tajuk dan ahli kumpulan hendaklah menyatakan idea dan pandangan. Nasihat saya , kita perlu sama bagi pandangan, hujah dalil dan jangan syok sendiri , pastikan kawan lain pun ada peluang untuk berhujah dan beri pandangan.Tajuk kumpulan saya masa ini, berkaitan isu2 akidah di Malaysia

Ada juga aktiviti debat ala parlimen , kita akan diundi sama ada pembangkang atau kerajaan,Tajuk kumpulan saya masa itu, berkaiatan kenaikan kos sara hidup...

ada juga aktiviti simulasi mesyuarat, setiap orang akan diundi dengan peranan masing-masing..masa ni tajuk mesyuarat diberikan adalah mesyuarat pelaksanan sempena maulidur rasul. saya diundi dapat peranan jabatan agama islam negeri.  


Aktivi2 yang lain2 semua seperti pengucapan awam bahasa inggeris, bahasa arab dan khutbah.

3 - Temuduga 

Alhamdulillah , syukur, saya lulus pada PAC dan terus ke stage temuduga. Temuduga saya di Pusat Temuduga SPA Paya, Kuala Terengganu,,,bersebelahan masjid Abidin, Masjid Negeri Terengganu.

Masa ni no.giliran saya no.5, Urusetia SPA ketika ni sangat membantu, beliau semak satu2 dokumen kita,,dari resume , gamba kita..ada calon yang ditegur letak gamba yang tidak proper, urusetia suruh cari gamba yang sesuai dengan permohonan jawatan kita. Urusetia pada masa tersebut memberitahu sila mentions panel dari SPA dengan panggilan Dato' dan Dari JAKIM mentions Tuan.

Sesi temuduga bermula..Apabila calon pertama kedua keluar, mula lah kami ni duk tanya2 apa yang panel tanya..haha..ada panel minta explain dalam bahasa arab untuk promosikan Halal di Malaysia kepada Pelancong Arab, masa ni debor yang amat..

Akhirnya Sampai la ke Giliran saya :

Panel SPA : Beliau tanya sama ada saya sudah bersedia atau belum, apa persediaan saya untuk temuduga ini dan Beliau minta saya perkenalkan diri tapi panel tak cakap pun dalam bahasa melayu ke english ke,,saya pun dengan yakin taaruf dalam bahasa Malaysia, kemudian panel minta saya jelaskan penugasan saya sekarang bersama jabatan penjara, apa yang saya buat, program2 apa yang dilaksanakan . Beliau juga ada tanya sanggup ke ditugaskan di mana2 termasuk Sabah,Serawak. Saya jawab sanggup Dato'..(Mungkin panel lihat resume saya dari gred 17 hingga 29 di Terengganu, mgkin sbb tu beliau tanya ,,hehe) dan diakhiri beberapa soalan berkaiatan isu-isu semasa.


Panel JAKIM : Sebab saya lepasan Darul Quran JAKIM, beliau minta saya baca Surah Arrahman, beliau tebuk tengah2 surah jugak lah...ada la lompong2 sikit..Masa saya abiskan ayat2 terakhir, panel siap tegur,,haii,,banyak lompong2 ni..Allah...huhu...Soalan ke dua : ni soalan memang terkejut ,,Sapa nama Imam Solat subuh pagi tadi..nah..saya jawab lah en amirudin..memang betul lah..dari sini saya dpt trace panel  nak tau saya solat subuh atau tak, dan solat di masjid atau di surau..so, satu soalan tu dpat memberi jawapan yang lain2...huhuhu. soalan seterusnya...bagaiamana kita nk jadikan banduan di penjara tu mereka solat betul2 ikhlas bukan paksa rela...saya dengan konfiden jawab..dlm satu sel lantik imam bilal bertugas, pantau CCTV, giatkan pemantauan dri warden penjara...haha..sekali kene tempelak terus...camni ka jawapan S41, tak standard betul,,,saya bagi kamu peluang sekali lagi untuk jawab...saya pun terdiam sekejap dan Alhamdulillah , Allah datangkan ilham...saya jawab, kita sebagai guru agama kena terapkan sifat dan nilai ihsan dalam diri penghuni penjara..bahawa ibadah ni hanya kerana Allah,, beribadah seolah2 Allah melihat kita, atau kita melihat Allah,,lebih kurang begitu jawpan saya..panel pun jawab,,cmni la jawapan (masa ni nada panel mcm tinggi gak la campur senyum2). Last soalan panel, minta saya bagi pandangan apa2 berkaiatan penugasan saya, saya pun bgtau penghuni2 ni perlu diberi peluang kedua,,sebagai contoh JAKIM melalui masjid2 dan surau perlu bekrjasama dalam meberikan peluang kepada penghuni , jadi bilal ke, siak ke,,supaya dengan perkara ni dpt hilangkan stigma negatif masyarakat .. saya pun ada mentions,,dulu orang sebut banduan, skang ni kita ubah kepada penghuni penjara. panel pun angguk2..sebelum tutup sesi panel tanya ada apa2 yang ingin disampaikan,,saya pun bgtau, saya berharap untuk diterima jawatan ini dan akan melaksanakan amanah ini dengan sebaik2nya...


Alhamdulillah...syukur , najah fil Imtihan qobull...


                                                        Alhamdulillah...Syukur Ya Allah..

Nasihat saya  yang dhaif ini, banyyakan lah berdoa, Mohon Restu doa dari  UMI ABAH juga dan rajin2kan diri baca fungsi dan tugas jawatan kita supaya kita ada kefahaman sidikit walau xhadam sepenuhnya..kena kenal sapa nama KP JAKIM, pengurusan tertinggi, nama Menteri Agama, fungsi dan bahagian2 di JAKIM ,(Search je FB @ website JAKIM), ada juga tau soalan berapa likers FB JAKIM..huhuhu, ,Sebab itulah nanti jabatan yang akan kita berkhidmat dengannya..Soalan panel ni kita xleh nak jangka, so, doa la Pada Allah..YA Allah, lembutkan hati para panel IV ku ya Allah, berilah kelancaran dalam tutur kata ku, dan berilah ilham yang baik untuk ku menjawab soalan2 panel,,Aminnn


Hari Ke lapan  Kuarantin..

Al faqir ila Robbih...SYMA, 

Keningau, Sabah


Selasa, 8 Februari 2022

(Pengalaman) PAC dan Temuduga Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29

 Assalamualaikum,

Pada coretan kali ini, saya ingin berkongsi pengalaman dan rasa mengenai sesi pengambilan jawatan PPHEI S29, masa saya masih lagi S27. Perkongsian ini adalah dari apa yang saya lalui dan tidak mewakili mana-mana pihak. Saya antara intake ambilan 2015

Tenang guys...perkongsian lepas saya ada berkongsi berkaitan proses yang saya lalui ketika memohon jawatan PPHEI S19 (Pembantu Hal Ehwal Islam) tahun 2013. Kali ini perkongsian apa yang saya lalui pada jawatan PHEI S29 berdasarkan beberapa peringkat :

Peringkat 1: PEPERIKSAAN ATAS TALIAN

- masa ni saya ambik exam seminggu selepas raya , waktu peperiksaan ni malam selepas solat isyak. Masa ni memang prepare betul betul dari segi device (laptop) dan kestabilan internet (Wifi). Alhamdulillah, waktu saya ambil exam ni, hanya saya seorang di rumah dan suasana sangat tenang dan damai... ahli keluarga lain pergi ziarah raya (Rumah terbuka). Alhamdulillah ..keputusan Lulus ..layak untuk ke PPJ

Peringkat 2 : PPJ (Pusat Penilaian Jakim) atau Assessment Center

Tempat di : ILIM Bangi (Institut latihan di bawah JAKIM)

Setiap calon ada ditetapkan tarikh untuk ikuti PPJ ini, dan berlangsung selama satu hari sahaja. Tujuan PAC ini adalah untuk menilai kompentensi calon PPHEI  dari sudut skill pengucapan awam, kefahaman fungsi agensi islam, kemahiran bacaan al-quran, khutbah, kemahiran menyelesaikan masalah, keberanian menlontarkan idea dan pandangan, dan kritis dalam menyampaikan hujah.

Cuma untuk pengambilan kali ini ujian Qiraah dibuat awal kerana mungkin,, sekali mungkin Pihak JAKIM nak buat tapisan bagi mereka yang terpilih dalam PAC/IV nanti adalah mereka yang baik bacaan Al-Qurannya..dan satu lagi nk jimatkan masa masa PAC yang sebenar dan satu faktor lagi sebab Pandemik ..(Pandangan Pribadi). 

Baik, Permulaan PAC, kita akan mendaftar dan akan diberikan no.untuk digantung di badan masing2. Dulu no saya 75 ..hehe. dan kita akan buat cabutan tajuk pengucapan khutbah(Lelaki)/Tazkirah(perempuan) serta pengucapan awam bahasa arab. Maaf saya tak ingat tajuk nya..sori...

Selepas itu , kita akan diberi taklimat berkaiatan perjalanan PAC, masa ni sebenarnya ada ruang untuk kita nk cari point2 tajuk khutbah dan public speaking..sebab apa serius saya cakap, bile dah mula pac kita xda masa dah nk godek2 HP, sbb perjalanan tu terlalu pantas berkejar sana sini untuk kita masuk sesi2 di kelas2 yang berlainan mengikut jadual yang sentiasa beubah2. So, No tu kene sentiasa gantung, kerana banyak mata2 akan tgk kita...so , pamerkan ahlak yang baik dan datang awal pada setiap sesi.biar panael dan fasi nampak kesungguhan kita :)

khutbah pastikan jaga rukun, masukan sikit point begitu juga dengan pengucapan bahasa arab.

So, berlalu seharian dengan pelbagai aktiviti yang seperti yang saya senaraikan diatas tadi, ujian Qiraah, khutbah, ice breaking, public speaking bahasa arab dan penutup. Pada penutup tu, kita akan dikumpulkan di dalam dewan yang taklimat pagi tadi. Masa saya tu ada beberapa gantungan no yang urusetia letak di atas kerusi di dewan menandakan ada calon2 yang tarik diri awal, mgkin tak mampun nak harung PAC atau sebab2 yang lain..(Ni bukan nk takut2kan ya)hehe . Ok geng, masa pac pakaian kita pakai baju kerja dan bertali leher serta songkok. Masa saya dahulu, urusetia minta semua calon buka songkok ..xpa..yang penting smart bro..hehe

Alhamdulillah ,,rezeki dari Allah,,saya lulus PAC dan terus ke Stage IV

Peringkat 3 : TEMUDUGA

Alhamdulillah, saya masih ingat lagi tarikh temuduga saya pada 5.5.2015.  Saya temuduga di Pusat Temuduga SPA, Wisma Darul Iman, Terengganu. Ketika ini saya bertugas di IPK PDRM Terengganu sebagai kader JAKIM (Pembantu Hal Ehwal Islam S 17). Rezeki betul2 pejabat ja..saya ingat lagi saya hadir Jam 7.55 Pagi tepat terpacak di depan pusat temuduga , ketika ini urusetia pun belum sampai lagi..Saya kata dalam hati, saya berhajat pada jawatan ini, so, saya kene bersungguh dan bersemangat waja ..haha.., IV mula dalam lebih kurang 8.30 pagi, urusetia SPA tanya..sapa yang nk mula secara sukarela..saya terus angkat tangan..ketika borang2 dan dokumen sedang disemak oleh urusetia SPA, datang calon perempuan yang tgh mengandung, maka urusetia minta calon tesebut mulai dulu sesi IV, saya giliran no.2. . Sampai giliran saya, saya masuk beri salam, bagi senyuman kepada panel dan tunduk sedikit tanda hormat dan serahkan dokumen2 kita di depan meja panel. saya pun duduk. Sesi ini ada 2 panel, satu dari SPA dan satu lagi dari JAKIM. 22 saya xkenal...haha

Panel SPA : Sila Perkenalkan diri kamu dalam bahasa Arab, saya pun tau juga ya bahasa arab sikit2..

Saya : saya kenalkan nama, tempat tinggal, nama umi, nama abah, nama isteri, nama anak,  umur, keje di mana (al'anana ya'malu fi markaz syurtoh fil amama wisma darul iman) padu tak haha...jari saya siap tuding ke bangunan IPK terengganu,,nampak cam kelakar kan..tpi tu lah hakikatnya..haha..maaf azhariyyun , saya lepasan dari Indonesia bukan Mesir..hehe

Panel SPA : Ceritakan tentang penugasan kamu sekarang

saya : Saya pun cerita la, buat program keagaaman untuk anggota dan keluarga polis, baca doa, buat kelas ngaji, fardua ain dan bla, bla, bla,,,

Panel SPA : Saya bagi kamu situasi, suatu program yang telah dirancang akan tetapi tidak dilaksakan disebabkan tempat tesebut digunakan untuk event lain.. apa tindakan kamu.

Saya : dalam hati saya, kat sini panel tengok cara kita berfikir dan menyelesaikan masalah. Tapi Apa yang ceritakan adalah betul , saya jawab masalah ini adalah suatu cabaran, kita boleh bekerjasama dengan pihak luar seperti masjid kerjasama program masjid sediakan bilik atau ruang program, pihak saya sediakan penceramah, dan keprluan program lainnya..panel pun angguk2..

Panel SPA : ada ikuti Majlis Tilawah Quran peringkat Kebangsaan

SAYA : ada tuan, tpi saya ikuti di radio sahaj,  sebab rutin saya selepas isyak ada mengajar mengaji di komuniti tempat saya tinggal

Panel SPA : Sebutkan berapa frekunsi IKIM F.M terengganu..

Saya : Pehh dalam nya soalan..saya jawab 100.2 fm, lepas ada beberapa soalan panel tanya lagi berkaitan MTQK ni..saya pun xberapa ingat..

Panel jakim : Sila baca Surah Al fatihah dan Al-Mulk..

Saya : Saya pun baca la,,,abis2 iv tu, saya semak dlm hampir semuka jugak la saya baca..huhuhu

ada lagi 2 soalan dari Panel JAKIM tanya, saya xberapa ingat dah..maaf,

Akhirnya, saya ucap terima kasih kepada panel, ambil dokumen (sambil senyum) dan keluar...

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga untuk iv ini dan di tempatkan di ganu jugok,,,Pusat Koreksional Dungun, Jabatan Penjara Malaysia...syukur Ya Allah..dulu jadi ustaz polis, skang ustaz di jabatan penjara pula..syukur,,,

Nasihat saya  yang dhaif ini, banyyakan lah berdoa, Mohon Restu doa dari  UMI ABAH juga dan rajin2kan diri baca fungsi dan tugas jawatan kita supaya kita ada kefahaman sidikit walau xhadam sepenuhnya..kena kenal sapa nama KP JAKIM, pengurusan tertinggi, nama Menteri Agama, fungsi dan bahagian2 di JAKIM ,(Search je FB @ website JAKIM), ada juga tau soalan berapa likers FB JAKIM..huhuhu, ,Sebab itulah nanti jabatan yang akan kita berkhidmat dengannya..Soalan panel ni kita xleh nak jangka, so, doa la Pada Allah..YA Allah, lembutkan hati para panel IV ku ya Allah, berilah kelancaran dalam tutur kata ku, dan berilah ilham yang baik untuk ku menjawab soalan2 panel,,Aminnn


ok ya..nanti kita sambung plok kisah perjalanan ke jawatan PHEI S41, pada coretan akan datang yaaa...Salam

(Hari Ke Tiga Kuarantin)

Al faqir ila Robbih...SYMA, 

Keningau, Sabah








 

Selasa, 13 Oktober 2020

Bingkisan Penugasan dan Pengalaman di Agensi Kader JAKIM

Memberi Pengisian Kuliah kepada Staff di Jabatan seperti Kuliah Maghrib, Morning prayer, tazkirah Mingguan, kuliah bulanan dan |jemputan dari agensi luar

melaksanakan program bersama penghuni 


kita di minta untuk memberi perkongsian ketika majlis rasmi jabatan seperti dialog bulanan

 majlis perpisahan saya bersama jabatan penjara 


 

                                              
menguruskan Penghuni yang ingin membayar Zakat fitrah




Khamis, 8 Oktober 2020

(PENGALAMAN) TEMUDUGA PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM S17 AMBILAN 2013

















 Assalamualaikum, 

Seperti yang dijanjikan, pada entry saya yg lalu..saya akan berkongsi pengalaman2 temuduga yang di lalui terutama dalam sektor awam..


InsyAllah ..Tahun 2020 ini,, JAKIM akan ada buat pengambilan Peg Hal ehwal Islam dari setiap lapisan Gred S19/S29/S41... Mungkin setiap panel lain soalan..moga cebisan pengalaman ini dpt memberi gambaran kepada pembaca💪💪

Pada bulan julai 2013, saya telah menghadiri temuduga di Pusat temuduga SPA jalan cenderasari, Kuala Lumpur. Pada masa itu, nama panel penemuduga kita di tulis pada surat panggilan temuduga. Antara persoalan ketika temuduga masa itu. 


Panel 1 :

 1) Perkenalkan diri : saya cerita la berkaitan riwayat hidup, dari mula sekolah rendah sampai peringkat degree. Panel soal saya, kamu ada degree, kenapa mohon gred SPM. Saya menjawab, jawatan untuk Gred Ijazah belum ditawarkan, jadi saya mohon yang ini untuk dapatkan tapak awal dalam bekerja di sektor awam,, saya tambah juga,,,saya adaah lepasan DQ Jakim..So, saya dan Jakim ni sangat dekat. haha..

2) sebutkan nama tokoh kaunseling islam dan apa kaedah kaunseling yang digunakan ( sebab saya degree kaunseling...Panel provok...betul ke ni haha..

3) kalau tgk gaji kamu masa ngajar di Maahad tahfiz ni dalam RM2K lebih, tapi kamu mohon S17 ni basic je xsampai pun seribu....masa tu basic rm 982.00 + elaun2..dalam 1600 ++. jawapan saya, saya xlihat pun perkara itu, tetapi saya lihat kepada laluan kerjaya berdasarkan kelulusan akademik saya.. jika ada tawaran PPHEI S 27 dan PHEI S41 selepeas ini, saya akan mohon dan buat bersungguh2..,, saya selit juga, insyAllah rezki cukup untuk saya..hehe..

4) jika ditawarkan , apa yang kamu nak sumbang..saya jawab, sumbang apa yang saya ada contoh bidang kaunseling..bantu bimbing mad'u saya kearah kebaikan. dan bla2.... sesuai dengan kapasiti saya sebagai pembantu hal ehwal islam..jika utnuk peringkat lebih tinggi , saya serah ke pihak atasan.



Panel 2 ; 

1) sebab kamu dari DQ, sila baca Surah Sajadah ,,,saya pun baca dalam satu muka surat jugak la..dan dimulakan dengan surah fatihah...


temuduga selesai...pengambilan masa ni ramai dalam seratus lebih...

Sabtu, 16 Mac 2019

Pengesahan Jawatan PHEI S 41

Alhamdulillah, tepat 7/3/2019, aku telah dapat pengesahan jawatan setelah mengharungi pelbagai kursus, pelbagai peperiksaan..Semoga dengan PDP ini dapat meningkatkan lagi momentum kerja aku dan amal jariah dalam setiap kerja buat



Isnin, 9 Julai 2018

Keputusan Peperiksaan JAKIM


Alhamdulillah, syukur pada Allah, lulus peperiksaan Jakim. Syukur pada Allah, terima kasih pada umi abah, aboh ma, isteri ku Puan koratul Ainah Binti Razali, anak2 permata hatiku..Asbab rezeki. Alhamdulillah....

APC JAKIM (2020) DAN JAWI (2023)

 Alhamdulillah...berbaki Hampir 4 bulan lebih lagi akan menjengah ke angka 14 November 2024. Ini bermakna , tempoh perkhidmatan dalam sektor...