Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 8 Oktober 2020

(PENGALAMAN) TEMUDUGA PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM S17 AMBILAN 2013

















 Assalamualaikum, 

Seperti yang dijanjikan, pada entry saya yg lalu..saya akan berkongsi pengalaman2 temuduga yang di lalui terutama dalam sektor awam..


InsyAllah ..Tahun 2020 ini,, JAKIM akan ada buat pengambilan Peg Hal ehwal Islam dari setiap lapisan Gred S19/S29/S41... Mungkin setiap panel lain soalan..moga cebisan pengalaman ini dpt memberi gambaran kepada pembaca💪💪

Pada bulan julai 2013, saya telah menghadiri temuduga di Pusat temuduga SPA jalan cenderasari, Kuala Lumpur. Pada masa itu, nama panel penemuduga kita di tulis pada surat panggilan temuduga. Antara persoalan ketika temuduga masa itu. 


Panel 1 :

 1) Perkenalkan diri : saya cerita la berkaitan riwayat hidup, dari mula sekolah rendah sampai peringkat degree. Panel soal saya, kamu ada degree, kenapa mohon gred SPM. Saya menjawab, jawatan untuk Gred Ijazah belum ditawarkan, jadi saya mohon yang ini untuk dapatkan tapak awal dalam bekerja di sektor awam,, saya tambah juga,,,saya adaah lepasan DQ Jakim..So, saya dan Jakim ni sangat dekat. haha..

2) sebutkan nama tokoh kaunseling islam dan apa kaedah kaunseling yang digunakan ( sebab saya degree kaunseling...Panel provok...betul ke ni haha..

3) kalau tgk gaji kamu masa ngajar di Maahad tahfiz ni dalam RM2K lebih, tapi kamu mohon S17 ni basic je xsampai pun seribu....masa tu basic rm 982.00 + elaun2..dalam 1600 ++. jawapan saya, saya xlihat pun perkara itu, tetapi saya lihat kepada laluan kerjaya berdasarkan kelulusan akademik saya.. jika ada tawaran PPHEI S 27 dan PHEI S41 selepeas ini, saya akan mohon dan buat bersungguh2..,, saya selit juga, insyAllah rezki cukup untuk saya..hehe..

4) jika ditawarkan , apa yang kamu nak sumbang..saya jawab, sumbang apa yang saya ada contoh bidang kaunseling..bantu bimbing mad'u saya kearah kebaikan. dan bla2.... sesuai dengan kapasiti saya sebagai pembantu hal ehwal islam..jika utnuk peringkat lebih tinggi , saya serah ke pihak atasan.



Panel 2 ; 

1) sebab kamu dari DQ, sila baca Surah Sajadah ,,,saya pun baca dalam satu muka surat jugak la..dan dimulakan dengan surah fatihah...


temuduga selesai...pengambilan masa ni ramai dalam seratus lebih...

Tiada ulasan:

APC JAKIM (2020) DAN JAWI (2023)

 Alhamdulillah...berbaki Hampir 4 bulan lebih lagi akan menjengah ke angka 14 November 2024. Ini bermakna , tempoh perkhidmatan dalam sektor...