Assalamualaikum,
Kali ini saya ingin berkongsi berkaitan pengalaman yang dilalui oleh saya sendiri berkaitan permohonan jawatan PHEI S41 (pengalaman pribadi ).
1 - Peperiksaan Online -
Saya melaksanakan peperiksaan Online ketika dalam perkhidmatan, sekitar jam 9.00 pagi lebih kurang. Walaupun kita dalam waktu bekerja, sebagai penjawat awam kita hendaklah memohon permohonan kepada ketua Jabatan untuk menjawab peperiksaan sebagai makluman dan rekod dalam BRP dan fail peribadi kita.
2- PAC/ PPJ (2017)
ketika ini berlagsung selama 2 hari di Ilim Bangi
Ujian yang di laksanakan lebih kurang sama seperti PPHEI S29, Cuma untuk S41 ni ada beberapa tambahan aktiviti, penulisan dan dilaksanakan selama 2 hari. Calon ketika ini bermalam di ILIM Bangi.
Beza PAC S41 ini ada aktiviti diskusi berkumpulan, Fasi akan beri tajuk dan ahli kumpulan hendaklah menyatakan idea dan pandangan. Nasihat saya , kita perlu sama bagi pandangan, hujah dalil dan jangan syok sendiri , pastikan kawan lain pun ada peluang untuk berhujah dan beri pandangan.Tajuk kumpulan saya masa ini, berkaitan isu2 akidah di Malaysia
Ada juga aktiviti debat ala parlimen , kita akan diundi sama ada pembangkang atau kerajaan,Tajuk kumpulan saya masa itu, berkaiatan kenaikan kos sara hidup...
ada juga aktiviti simulasi mesyuarat, setiap orang akan diundi dengan peranan masing-masing..masa ni tajuk mesyuarat diberikan adalah mesyuarat pelaksanan sempena maulidur rasul. saya diundi dapat peranan jabatan agama islam negeri.
Aktivi2 yang lain2 semua seperti pengucapan awam bahasa inggeris, bahasa arab dan khutbah.
3 - Temuduga
Alhamdulillah , syukur, saya lulus pada PAC dan terus ke stage temuduga. Temuduga saya di Pusat Temuduga SPA Paya, Kuala Terengganu,,,bersebelahan masjid Abidin, Masjid Negeri Terengganu.
Masa ni no.giliran saya no.5, Urusetia SPA ketika ni sangat membantu, beliau semak satu2 dokumen kita,,dari resume , gamba kita..ada calon yang ditegur letak gamba yang tidak proper, urusetia suruh cari gamba yang sesuai dengan permohonan jawatan kita. Urusetia pada masa tersebut memberitahu sila mentions panel dari SPA dengan panggilan Dato' dan Dari JAKIM mentions Tuan.
Sesi temuduga bermula..Apabila calon pertama kedua keluar, mula lah kami ni duk tanya2 apa yang panel tanya..haha..ada panel minta explain dalam bahasa arab untuk promosikan Halal di Malaysia kepada Pelancong Arab, masa ni debor yang amat..
Akhirnya Sampai la ke Giliran saya :
Panel SPA : Beliau tanya sama ada saya sudah bersedia atau belum, apa persediaan saya untuk temuduga ini dan Beliau minta saya perkenalkan diri tapi panel tak cakap pun dalam bahasa melayu ke english ke,,saya pun dengan yakin taaruf dalam bahasa Malaysia, kemudian panel minta saya jelaskan penugasan saya sekarang bersama jabatan penjara, apa yang saya buat, program2 apa yang dilaksanakan . Beliau juga ada tanya sanggup ke ditugaskan di mana2 termasuk Sabah,Serawak. Saya jawab sanggup Dato'..(Mungkin panel lihat resume saya dari gred 17 hingga 29 di Terengganu, mgkin sbb tu beliau tanya ,,hehe) dan diakhiri beberapa soalan berkaiatan isu-isu semasa.
Panel JAKIM : Sebab saya lepasan Darul Quran JAKIM, beliau minta saya baca Surah Arrahman, beliau tebuk tengah2 surah jugak lah...ada la lompong2 sikit..Masa saya abiskan ayat2 terakhir, panel siap tegur,,haii,,banyak lompong2 ni..Allah...huhu...Soalan ke dua : ni soalan memang terkejut ,,Sapa nama Imam Solat subuh pagi tadi..nah..saya jawab lah en amirudin..memang betul lah..dari sini saya dpt trace panel nak tau saya solat subuh atau tak, dan solat di masjid atau di surau..so, satu soalan tu dpat memberi jawapan yang lain2...huhuhu. soalan seterusnya...bagaiamana kita nk jadikan banduan di penjara tu mereka solat betul2 ikhlas bukan paksa rela...saya dengan konfiden jawab..dlm satu sel lantik imam bilal bertugas, pantau CCTV, giatkan pemantauan dri warden penjara...haha..sekali kene tempelak terus...camni ka jawapan S41, tak standard betul,,,saya bagi kamu peluang sekali lagi untuk jawab...saya pun terdiam sekejap dan Alhamdulillah , Allah datangkan ilham...saya jawab, kita sebagai guru agama kena terapkan sifat dan nilai ihsan dalam diri penghuni penjara..bahawa ibadah ni hanya kerana Allah,, beribadah seolah2 Allah melihat kita, atau kita melihat Allah,,lebih kurang begitu jawpan saya..panel pun jawab,,cmni la jawapan (masa ni nada panel mcm tinggi gak la campur senyum2). Last soalan panel, minta saya bagi pandangan apa2 berkaiatan penugasan saya, saya pun bgtau penghuni2 ni perlu diberi peluang kedua,,sebagai contoh JAKIM melalui masjid2 dan surau perlu bekrjasama dalam meberikan peluang kepada penghuni , jadi bilal ke, siak ke,,supaya dengan perkara ni dpt hilangkan stigma negatif masyarakat .. saya pun ada mentions,,dulu orang sebut banduan, skang ni kita ubah kepada penghuni penjara. panel pun angguk2..sebelum tutup sesi panel tanya ada apa2 yang ingin disampaikan,,saya pun bgtau, saya berharap untuk diterima jawatan ini dan akan melaksanakan amanah ini dengan sebaik2nya...
Alhamdulillah...syukur , najah fil Imtihan qobull...
Nasihat saya yang dhaif ini, banyyakan lah berdoa, Mohon Restu doa dari UMI ABAH juga dan rajin2kan diri baca fungsi dan tugas jawatan kita supaya kita ada kefahaman sidikit walau xhadam sepenuhnya..kena kenal sapa nama KP JAKIM, pengurusan tertinggi, nama Menteri Agama, fungsi dan bahagian2 di JAKIM ,(Search je FB @ website JAKIM), ada juga tau soalan berapa likers FB JAKIM..huhuhu, ,Sebab itulah nanti jabatan yang akan kita berkhidmat dengannya..Soalan panel ni kita xleh nak jangka, so, doa la Pada Allah..YA Allah, lembutkan hati para panel IV ku ya Allah, berilah kelancaran dalam tutur kata ku, dan berilah ilham yang baik untuk ku menjawab soalan2 panel,,Aminnn
Hari Ke lapan Kuarantin..
Al faqir ila Robbih...SYMA,
Keningau, Sabah